8 Alat Tulis Untuk Anak Sekolah Rendah Yang Mampu Milik



Alat tulis merupakan salah satu pembelanjaan yang amat membebankan ibu-bapa. Seringkali alat tulis yang murah cepat rosak. Manakala alat tulis yang berkualiti dan mahal sentiasa hilang di sekolah. Di sinilah saya senaraikan 5 alat tulis yang berkualiti, tetapi tidak membebankan dompet ibu-bapa untuk anak-anak sekolah rendah.


#1: Baile BL-210 Mechanical Pencil + Buncho Lead
RM3.30/set


Set pensil mekanikal yang mampu milik ini adalah amat sesuai untuk si manja anda. Pensil mekanikal ini ringan dan senang dipegang. Salutan getah pada badannya memastikan keselesaan jari dan tangan semasa menulis. Pensil mekanikal ini memakai lead yang bersaiz 0.5mm. Satu kotak lead yang berjenama Buncho telahpun disertakan. Lead dalam pensil boleh dihulurkan dengan menggoyangkan badan pensil ataupun menekan tombol pada hujung pensil.




#2: Lantu Non-Sharpening Bullet Pencil 
Pack of 8 @ RM3.80


Bullet Pencil yang berwarna-warni ini amat digemari oleh budak sekolah rendah. Satu set yang berharga RM3.80 merangkumi 8 batang pensil. Dengan harga yang kurang daripada RM0.50 satu pensil, hati pun tak sakit jika pensil ini hilang di sekolah. 



#3: Decamax Glue Stick
9g x 3 @ RM2.80
21g x 2 @ RM3.20


Lima kali ganda lebih murah daripada glue stick keluaran UHU, Decamax Glue Stick amatlah berbaloi dengan harganya. Glue stick ini sesuai untuk melekat kertas tanpa meninggalkan kesan basah pada kertas. Dengan harga RM0.90 satu tube 9g, tak perlulah ibu-bapa rasa sakit hati apabila anak tertinggal glue stick di sekolah.



#4: Teacher D Coloured Pencils
RM2.50/box


Mungkin anda tidak pernah dengar jenama ini. Tetapi kami telah mengkaji bahawa pensil warna Teacher D adalah setanding dengan pensil warna keluaran Staedtler dan Stabilo dari segi kualiti. Dengan harga RM2.50 satu kotak, ia mempunyai 12 batang pensil warna yang panjang, pensil warna Teacher D sangat berbaloi dengan harganya.


#5: HLM-053 Round Head Children Scissors
RM2.90/pc


Gunting yang datang dengan tiga pilihan warna ini sesuai untuk penggunaan si manja. Hujung gunting yang bulat memastikan gunting ini selamat dipakai. Saiznya yang tidak besar, dan tidak terlalu kecil membenarkan ia boleh disimpan di dalam kotak pensil dengan mudah, malar selesa dipakai. Dengan harga RM2.90, gunting yang amat mampu milik ini patut menjadi pilihan anda.



#6: Mini Stapler Set
RM3.30/set


Stapler merupakan alat tulis yang amat berguna di kalangan budak sekolah rendah. Terutama pada masa peperiksaan, murid-murid perlu stapler-kan kertas jawapan sebelum hantar kepada cikgu. Biasanya cikgu akan menyediakan stapler tetapi adalah lebih mudah jika anak anda ada stapler sendiri.

Stapler datang dengan banyak saiz yang berbeza. Ibu-bapa boleh memilih saiz yang mini supaya senang untuk disimpan di dalam beg pensil anak.

Mini Stapler Set yang saya mengesyorkan di sini amatlah sesuai untuk budak sekolah rendah. Saiznya yang kecil dengan panjang 55mm senang disimpan di dalam beg pensil. Stapler ini mengguna dawai kokot yang bersaiz 10. Satu kotak dawai kokot tambahan termasuk dalam set ini.



#7: Penguin Hand Crank Mechanical Sharpener
RM7.80/pc


Walaupun budak sering pakai mechanical pensil, pengasah pensil masih perlu untuk mengasah pensil warna. Penguin Hand Crank Mechanical Sharpener yang saya mengesyorkan di sini kecil dan senang disimpan di dalam beg sekolah. 

Terdapat empat warna yang menarik: Pink, orange, biru dan hitam.



#8: Cute Cartoon Eraser
RM2.50/set (4-5pcs eraser)


Pemadam pensil merupakan satu keperluan dalam beg pensil budak sekolah rendah. Mengapa guna pemadam tradisional yang berwarna putih apabila terdapat banyak pilihan yang lebih cantik dan menarik? Cute Cartoon Eraser yang saya mengesyorkan di sini amat comel dan pasti disukai anak anda. Terdapat 12 reka bentuk yang berlainan, termasuk makanan, tumbuhan, haiwan dan gadis.



Comments

Popular posts from this blog

5 Permainan Untuk Kanak-kanak Umur Satu Tahun

5 Tip Beli Barang di Shopee Paling Jimat