Posts

Showing posts from February, 2021

8 Alat Tulis Untuk Anak Sekolah Rendah Yang Mampu Milik

Image
Alat tulis merupakan salah satu pembelanjaan yang amat membebankan ibu-bapa. Seringkali alat tulis yang murah cepat rosak. Manakala alat tulis yang berkualiti dan mahal sentiasa hilang di sekolah. Di sinilah saya senaraikan 5 alat tulis yang berkualiti, tetapi tidak membebankan dompet ibu-bapa untuk anak-anak sekolah rendah. #1: Baile BL-210 Mechanical Pencil + Buncho Lead RM3.30/set Set pensil mekanikal yang mampu milik ini adalah amat sesuai untuk si manja anda. Pensil mekanikal ini ringan dan senang dipegang. Salutan getah pada badannya memastikan keselesaan jari dan tangan semasa menulis. Pensil mekanikal ini memakai lead yang bersaiz 0.5mm. Satu kotak lead yang berjenama Buncho telahpun disertakan. Lead dalam pensil boleh dihulurkan dengan menggoyangkan badan pensil ataupun menekan tombol pada hujung pensil. #2: Lantu Non-Sharpening Bullet Pencil  Pack of 8 @ RM3.80 Bullet Pencil yang berwarna-warni ini amat digemari oleh budak sekolah rendah. Satu set yang berharga RM3.80 merangk

5 Tip Beli Barang di Shopee Paling Jimat

Image
Terdapat beberapa cara untuk memastikan kita boleh dapatkan voucher dengan masa yang paling singkat. Salah satu cara adalah guna Gardener yang kosnya 15 coin. 15 coin dengan nilainya RM0.15 adalah sangat berbaloi jika digunakan untuk tujuan ini. Cara satu lagi ialah buat setting untuk memastikan Shopee menghantar pemberitahuan melalui aplikasi Shopee apabila baldi sudah penuh dengan air. Selain daging dan sayur, hampir semua barang saya beli di Shopee. Milo, Oldtown White Coffee, Nescafe, Susu Segar, Maggi, dan sebagainya. Selain harga jauh lebih rendah daripada kedai seperti AEON dan Tesco, selalunya saya boleh jimat lagi dengan diskaun yang diberi daripada penjual dan Shopee dalam bentuk coin. Tip #1: Beli Daripada Penjual yang Menawarkan FREE SHIPING Tidak logik untuk saya bayar shipping RM5 untuk satu bungkus Oldtown White Coffee 3-in-1 yang berharga RM12.90. Maka saya hanya beli daripada penjual yang ada Free Shipping dengan perbelanjaan minimum RM15. Sebelum ini, kita diberi be

5 Permainan Untuk Kanak-kanak Umur Satu Tahun

Image
Permainan untuk kanak-kanak 1 tahun yang sesuai dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental. Ia sekaligus buat anak lebih bijak seiring dengan usianya! Bermain merupakan aktiviti penting untuk kanak-kanak, ia dapat mengisi masa lapang mereka. Selain itu bermain sebenarnya membantu perkembangan fizikal dan mental anak. Ibu-bapa perlu tahu setiap umur anak mempunyai kepekaan terhadap sesuatu yang baru mereka pelajari. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk anak 1 tahun ke atas. #1 Mini Speed Stack Cup Dua kali ganda lebih kecil daripada Speed Stack Cup yang biasa dijumpai di acara pertandingan, Mini Speed Stack Cup yang berwarna warni sesuai digunakan untuk menguji dan melatih penggunaan jejari kanak-kanak. Permainan yang seronok ini membantu kanak-kanak untuk melatih kemahiran pergerakan jejari dan tangan. Lebih penting lagi, kanak-kanak akan berasa yakin dan puas dengan pencapaian menyusun permainan ini.   #2 Magnetic Alphabets and Numbers Permain