5 Permainan Untuk Kanak-kanak Umur Satu Tahun
Permainan untuk kanak-kanak 1 tahun yang sesuai dapat merangsang perkembangan fizikal dan mental. Ia sekaligus buat anak lebih bijak seiring dengan usianya!
Bermain merupakan aktiviti penting untuk kanak-kanak, ia dapat mengisi masa lapang mereka. Selain itu bermain sebenarnya membantu perkembangan fizikal dan mental anak.
Ibu-bapa perlu tahu setiap umur anak mempunyai kepekaan terhadap sesuatu yang baru mereka pelajari. Oleh sebab itu, ibu bapa harus bijak memilih permainan yang sesuai untuk anak 1 tahun ke atas.
#1 Mini Speed Stack Cup
Dua kali ganda lebih kecil daripada Speed Stack Cup yang biasa dijumpai di acara pertandingan, Mini Speed Stack Cup yang berwarna warni sesuai digunakan untuk menguji dan melatih penggunaan jejari kanak-kanak.
Permainan yang seronok ini membantu kanak-kanak untuk melatih kemahiran pergerakan jejari dan tangan. Lebih penting lagi, kanak-kanak akan berasa yakin dan puas dengan pencapaian menyusun permainan ini.
#2 Magnetic Alphabets and Numbers
Permainan ini di antara yang paling popular dalam keluarga yang ada si manja. Permainan Magnetic Alphabets and Numbers membantu kanak-kanak melatih ejaan dan membina perkataan.
Semasa memilih permainan, adalah penting untuk memastikan huruf-huruf tidak ada sisi yang tajam dan saiznya sesuai untuk si manja. Ibu-bapa wajar memerhati kanak-kanak supaya tidak tercedera atau tertelan secara tidak sengaja.
Permainan huruf yang ada magnet di belakang boleh dilekatkan pada whiteboard atau peti sejuk.
#3 Magnetic Drawing Board
Permainan ini mempunyai sejarah yang berpanjangan. Teringat zaman dahulu, diri pun memiliki permainan yang serupa ini, dianggap sebagai ajaib pula keranan mampu lukis tanpa dakwat.
Magnetic Drawing Board sesuai digunakan untuk menulis, melukis, dan memain permainan seperti tic tac toe. Papan boleh dipadam dengan senang dan dilukis dengan pen yang dipasang. Permainan ini menggalakkan kreativiti kanak-kanak dan membantu mereka untuk mempelajari huruf dan nombor.
Oleh kerana papan lukis tidak menggunakan dakwat, ia juga tidak mengotorkan tangan kanak-kanak.
#4 Animal Wooden Puzzle
Puzzle merupakan permainan kegemaran di kalangan kanak-kanak yang berumur satu tahun dan ke atas. Terdapat aneka puzzle yang berbentuk haiwan atau abjad dan nombor. Ibu-bapa boleh memilih puzzle yang berwarna warni supaya menarik perhatian kanak-kanak yang kecil.
Puzzle bukan sahaja melatih kanak-kanak dari segi kemahiran penggunaan tangan dan jari, ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk memikir dan menyelesaikan masalah.
Dari segi bahan, diberi pilihan plastic atau kayu. Ibu-bapa wajar memastikan setiap puzzle tidak ada sisi dan bucu yang tajam. Puzzle yang terlalu kecil tidak harus diberikan kepada kanak-kanak untuk mengelakkan kemalangan.
#5 Wooden Alphabets Train
Mudah dianggap bahawa tiada kanak-kanak yang tidak suka keretapi. Keretapi yang ada huruf membantu kanak-kanak untuk mempelajari abjad sementara melatih kemahiran tangan dan jejari. Ia juga mendedahkan si manja kepada pelbagai warna dan menggalakkan koordinasi mata dan tangan.
Ibu-bapa boleh memilih saiz blok yang sesuai untuk mengelakkan kanak-kanak menelannya dengan tidak sengaja. Adalah penting juga untuk memastikan blok-blok tidak ada bucu dan sisi yang tajam.
Comments
Post a Comment