5 Tip Beli Barang di Shopee Paling Jimat



Terdapat beberapa cara untuk memastikan kita boleh dapatkan voucher dengan masa yang paling singkat. Salah satu cara adalah guna Gardener yang kosnya 15 coin. 15 coin dengan nilainya RM0.15 adalah sangat berbaloi jika digunakan untuk tujuan ini. Cara satu lagi ialah buat setting untuk memastikan Shopee menghantar pemberitahuan melalui aplikasi Shopee apabila baldi sudah penuh dengan air.

Selain daging dan sayur, hampir semua barang saya beli di Shopee. Milo, Oldtown White Coffee, Nescafe, Susu Segar, Maggi, dan sebagainya. Selain harga jauh lebih rendah daripada kedai seperti AEON dan Tesco, selalunya saya boleh jimat lagi dengan diskaun yang diberi daripada penjual dan Shopee dalam bentuk coin.


Tip #1: Beli Daripada Penjual yang Menawarkan FREE SHIPING


Tidak logik untuk saya bayar shipping RM5 untuk satu bungkus Oldtown White Coffee 3-in-1 yang berharga RM12.90. Maka saya hanya beli daripada penjual yang ada Free Shipping dengan perbelanjaan minimum RM15. Sebelum ini, kita diberi beberapa voucher Free Shipping oleh Shopee dengan pembelian RM40 ke atas. Mula dari tahun ini, voucher Free Shipping RM40 hanya boleh dipakai untuk Penjual Mall. Sebaliknya, Shopee telah menambahkan bilangan voucher Free Shipping RM15. Maka kita masih boleh jimat dengan tidak membayar kos penghantaran. Tetapi voucher Free Shipping RM15 hanya boleh dipakai untuk pembelian daripada penjual yang tertentu. Iaitu penjual yang ada tag Free Shipping seperti ditunjukkan di bawah.


Bukan semua penjual menawar Free Shippingan pembelian RM15 ke atas. Ini adakah kerana penjual yang menawarkan promosi ini dikenakan bayaran lebihan 3% untuk setiap transaksi. Ramai penjual anggap 3% terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Walau bagaimanapun, sebagai pembeli, kita ada hak untuk buat pilihan.


Tip #2: Beli Daripada Penjual yang Menawarkan 10% Coin Cash Back

Coin Cash Back merupakan pulangan wang dalam bentuk coin. Coin boleh dipakai untuk pembelian daripada Preferred Seller, iaitu penjual yang mempunyai tag Preferred seperti gambar di bawah.


Setiap bulan, Shopee menawarkan tidak kurang daripada 6 voucher yang boleh dipakai untuk 10% diskaun secara tidak langsung. Tidak langsung bermaksud pembeli tidak mendapat diskaun pada masa pembelian, tetapi diskaun diberi dalam pulangan tunai dalam bentuk coin. Pembeli tidak digalakkan untuk menyimpan coin dengan lebih-lebihan kerana coin yang diberikan oleh Shopee mempunyai jangka hayat 3 bulan. 

Setiap bulan, Shopee mengadakan kempen membeli-belah seperti 11.11, 12.12, 3.3 dan sebagainya. Selalunya pulangan tunai pada masa kempen akan naik sehingga 88%. Inilah masa kita akan mengambil kesempatan untuk membeli dengan pulangan tunai yang maksimal. 


Bukan semual penjual menawarkan 10% Coin Cash Back (atau 88% Coin Cash Back pada masa kempen). Ini adalah kerana penjual yang hendak menawarkan pulangan tunai kepada pembeli perlu membayar 4% untuk setiap transaksi kepada Shopee. Ramai penjual merasa kos ini terlalu tinggi.

Walau bagaimanapun, setiap pembeli harus menpunyai hak untuk pilih. Saya hanya membeli daripada penjual yang menawarkan pulangan tunai. 


Tip #3: Beli Pada Masa Kempen

Hampir setiap bulan Shopee mengadakan kempen membeli-belah. Pada masa saya menulis blog ini, Shopee sedang mengadakan kempen 3.3. Waktu kempen adalah dari 18 Feb hingga 3 Mar. Lepas ini, kempen 4.4 akan bermula dari 22 Mar hingga 4 Apr. Dengan lain kata, hampir 2 minggu dalam setiap bulan Shopee mengadakan kempen. Inilah masa saya akan aktif untuk membeli barang keperluan.


Selalunya diskaun yang diberikan oleh penjual adalah kurang "memuaskan". Tapi apa yang perlu kita perhatikan ialah penawaran voucher Coin Cash Back 50% dan Free Shipping oleh Shopee.

Sebagai pembeli yang suka diskaun, saya akan melayar paparan kempen Shopee setiap pagi, tengah hari dan petang, menebus semua voucher yang sedia ada, dan mengambil perhatian waktu voucher boleh dipakai. Biasanya voucher boleh dipakai pada jam 12 tengah hari, 12 tengah malam dan kadang-kala jam 8 pagi dan 8 malam. Perlu tahu bahawa voucher ini adalah terhad. Maksudnya voucher ini akan ditebus habis dalam 10 saat (atau lebih singkat) pada waktu tertentu yang disebut di atas.  

Biasanya voucher ini hanya boleh dipakai oleh penjual yang menawarkan pulangan tunai (10% Coin Cash Back). Maka inilah sebab saya hanya berminat untuk membeli daripada penjual yang menawarkan servis ini.


Tip #4: Tanam Pokok

Ya. Tanam Pokok atau Shopee Farm. Game yang paling diminati oleh para pembeli Shopee. Dari semasa ke semasa, Shopee menawarkan Voucher RM3 yang boleh ditebus melalui game Tanam Pokok. 

Untuk menebus Voucher RM3 ini, kita pilihlah hadiah yang berkenaan iaitu RM3 Off Shopee Voucher. Masa minimum yang diperlukan untuk menghasilkan voucher ini adalah 4.6 hari. Ini masa yang minimum dengan syarat kita menyiram pokok sebelum baldi penuh dengan air.

Pada hari yang biasa, baldi akan dipenuhi air (50 titik air) dalam 4 jam. Pada hari hujan (hujan dalam game, bukan hujan kat luar rumah ya), kapasiti baldi akan bertambah dan masa yang diambil untuk memenuhkan baldi akan berkurang. 

Selamat menanam pokok :)


Tip #5: Make Offer

Ada penjual membolehkan pembeli tawar-menawar harga untuk barang yang hendak dibeli. Untuk mendapatkan diskaun melalui cara ini, ikutlah langkah-langkah berikut:

1) Pastikan barang yang berminat tidak ada dalam Cart. Jika anda telah menambahkan barang berkenaan dalam cart, padamkan atau keluarkan.

2) Melayar ke paparan barang, dan tekan Chat Now.

3) Jika penjual membenarkan tawar-menawar harga, anda boleh klik Make Offer dan masukkan kuantiti dan harga yang anda hendak menawarkan. 

4) Tekan Make An Offer dan tunggu balasan daripada penjual.

Menawarlah harga yang munasabah. Contohnya, untuk barang yang berharga RM250, saya akan buat tawaran harga RM240. Dengan anggapan keuntungan penjual ialah 20% atau RM50, kemungkinan besar penjual akan setuju dengan potongan harga sebanyak RM10 untuk mendapatkan jualan. Jika anda buat tawaran harga RM200, saya rasa tak ada penjual yang akan bersetuju dengan pemotongan yang tinggi ini. 

Inilah 5 tip yang ingin saya kongsikan. Selamat membeli-belah.




 

 

Comments

Popular posts from this blog

8 Alat Tulis Untuk Anak Sekolah Rendah Yang Mampu Milik

5 Permainan Untuk Kanak-kanak Umur Satu Tahun